SEJARAH SEKOLAH
Sejarah penubuhan Sekolah Agama Parit Haji Hashim ini pada awalnya dikenali sebagai kelas KAFA yang perintisnya ialah Puan Hajah Fatimah binti Ilias bermula pada tahun 1994 dengan murid seramai 18 orang.
Dengan usaha gigih Puan Hajah Fatimah menyusur dari rumah ke rumah untuk mencari murid.Setelah lima tahun kelas KAFA dibuka,orang kampung di bawah naungan Masjid Jamik Al-Huda Kg.Pt.Hj.Hashim memohon kepada Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang ( PPAD ) supaya di buka Sekolah Agama.
Akhirnya,Sekolah Agama Parit Haji Hashim di buka pada 4 hb Januari 1999.Sekolah ini dinamakan “ Sekolah Agama Parit Haji Hashim “ sempena nama kampung ini.Bermula dengan darjah satu,dua,tiga dan empat sesi petang sahaja.Guru Besarnya ialah Puan Hajah Khatijah Bt.Salamon di bantu oleh Guru KAFA iaitu Puan Hajah Fatimah .
Sekolah ini diwujudkan oleh dua faktor iaitu :
a) Faktor pertama kedudukan kampung ini yang agak jauh dari Pekan Simpang Renggam. Selain itu, terdapat juga Taman Cantik, Taman Indah , Taman Midori, Taman Sutera, Taman Damai serta beberapa lagi Taman Perumahan yang berhampiran.
b) Faktor kedua yang menyebabkan tertubuhnya sekolah ini ialah kepadatan pelajar di Sekolah Agama Simpang Renggam.
Sekolah ini pada asalnya menumpang di Balairaya Kampung Parit Haji Hashim dari tahun 1999 sehingga 31 Julai 2006. Untuk mengelakkan anak-anak kampung ini keciciran ilmu agama, Ketua Kampung, JKK Kampung serta JKK Masjid diketuai oleh Ketua Kampung iaitu En.Mukhayen B.Hj.Ramlan , Haji Sukardi dan Haji Jais memohon kepada Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang menubuhkan sebuah sekolah.
Setelah lima tahun usaha dijalankan,akhirnya terdiri sebuah sekolah bangunan sendiri di sebuah tanah wakaf seluas dua ekar oleh pemilik Puan Masitah Bt.Jamal ( Pensyarah UiTM Shah Alam,Selangor ). Yang mempunyai geran sendiri yang terletak di Lot PTB / PTD sebagai Lot 727 di jalan Masjid Kampung Parit Haji Hashim. Sekolah ini telah diserahkan pada 22 Jun 2006 ( Khamis ) dan mula diduduki pada 03 Ogos 2006. Pada mula pembukaannya seramai 18 orang dan sehingga tahun 2010 pelajar bertambah sehingga 471 orang.
No comments:
Post a Comment